Kenari FM

Tuesday 17 May 2011

WAHAI SAHABATKU YANG KECEWA..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan. 
Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan. 
Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?
  
Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.
Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.


Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…

WARKAH UNTUK KAUM HAWA

                                                 
"Kerana dirimu begitu berharga." Biasa mendengar kata2 ini diselitan iklan rancangan2 televisyen. Model wanita rupawan pasti menjadi alat Utk mempromosikan produk kosmetik & kecantikan. Tanpa disedari, diri yg bangga dipertontonkan sebenarnya telah diperalatkan oleh pihak yg ingin mengaut keuntungan.

Cantik.. adakah pada rupa? Soalan yg pasti jawapannya 'Ya' secara umum.

Tetapi jikalau lelaki memilih isteri hanya semata melihat cantik itu pada rupa, andai hilang cantik itu berubahlah setianya nanti. Mata mula meliar mencari yg jelita. Cinta pudar bertukar rasa.

Namun jika cantik itu dilihat pada budi, kerut di wajah isteri seakan hilang pergi kerna terkenang baiknya budi isteri. Cinta yg disemai semakin utuh bersemi dan terbinalah kasih yg abadi ke syurga-Nya nanti.

Wanita yang dikasihi sekalian,
Jangan kau menilai cantik itu hanya pada paras rupa,bukan itu sebenarnya menjadi ukuran. Kerana pasti nanti ada yg melihat kecantikanmu andai dirimu berakhlak mulia. Kerana akhlak itu tempat tertambatnya cinta pada mata yg melihat.

Andai cantik tetapi tidak berakhlak, ibaratnya seperti bunga dedap. Indah luaran tetapi baunya tidak tertahankan bagi yg menghidu. Mendekati hanya kerna indah, tetapi untuk berlama-lamaan sungguh tidak sanggup sekali.

Andai kurang cantik di mata manusia, tetapi berakhlak mulia, ibaratnya seperti bunga seroja. Biar putih salju, tetapi manisnya dihirup sang lebah menghasil madu. Memberi manfaat pada yg memerlu.

Andai cantik juga berakhlak mulia, itu adalah tambahan buat dirimu. Ibarat mawar menguntum indah, wanginya menarik sesiapa yg mendekati. Namun kecantikannya bukan mudah utk direnggut kerana ada duri yg tajam mengawasi.

Di antara kuntum-kuntuman bunga ini, jadilah dirimu seperti mawar. Namun andai dirimu bukanlah sejelita pandangan manusia, cukuplah dirimu untuk punyai akhlak yg mulia. Suatu hari nanti, pasti ada lebah yg mengintai meminta izin penuh kesopanan untuk menyunting manismu di taman larangan.

Satu yg kau perlu ingat, kecantikanmu bukan barang tontonan untuk dipamerkan utk semua lelaki, ia hanya buat suamimu. Yg Allah ciptakan buatmu sebagai pelengkap & pelindung dirimu. Jagailah hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hakmu.

Ketaatanmu utk menutup aurat itu adalah hak Allah yg perlu kau jagai. Ibarat Dia menumbuhkanmu di taman larangan, ibu bapamu yg menyemaimu & menjagaimu sehingga tiba saatnya nanti kau akan dibawa keluar oleh seseorang yg boleh menjagaimu pula dengan izinnya. Kerana itu, sebelum engkau dibawanya, hendaklah dirimu bersedia serta menjaga maruah & ketaatanmu hanya kerana-Nya.

Wanita muslimah yg dikasihi.

Diriku yg hanya sebutir pasir di lautan manusia ini ingin rasanya membawa kalian bersama mengerti bahawa kehidupan ini bukan kehidupan yg kekal. Tiba saatnya pasti kita kan pergi. Kecantikan yg dibangga-banggakan sekian manusia jua tidakkan memanfaatkan kelak. Yg dikira adalah amal soleh, doa anak-anakyang soleh/solehah & amal jariah. Bukankah semuanya menuntut sebuah akhlak yg mengalir dalam diri & hati kita??

Ingatanku ini seawalnya hanya kutujukan buat diriku,& ingatan kasihku pada kalian memungkinkan tanganku ringan mencoretkannya. Kumohon Allah pelihara kehidupan kita dengan keberkatan yg berpanjangan. Semoga bertemu di syurga-Nya kelak insyaAllah. Ameen ya Rabbal Alamin..

10 tanda ia jodoh kita

                                               
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yg sudah ditetapkan oleh Allah yg maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan utk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga utk mendengar, mata utk melihat & akal utk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yg ditakdirkan. Dua manusia yg rasa mereka dapat hidup bersama & memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual & fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yg ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yg diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yg menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan & minum. Adakah ia spontan & tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yg dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja & tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yg sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan & rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yg pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yg mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yg penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yg kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yg dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yg kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yg dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yg boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yg disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yg ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia & ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yg berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yg dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan & meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita & dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yg mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan & keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit & tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yg dapat mengetahui & memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain & dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan Yang Maha Berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh & pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini & skripnya ditulis oleh yg maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah & memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yg kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya & terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sunday 15 May 2011


APA SALAHNYA MENANGIS??

Apa salahnya menangis, jika memang dengan menangis itu manusia menjadi sedar. Sedar akan kelemahan-kelemahan dirinya, saat tiada lagi yang sanggup menolongnya dari kejatuhan selain Allah SWT.

dua.jpgApa salahnya menangis, jika memang dengan menangis itu manusia menjadi sedar. Sedar akan kelemahan-kelemahan dirinya, saat tiada lagi yang sanggup menolongnya dari kejatuhan selain Allah Swt. Kesedaran yang membawa manfaat dunia dan akhirat. Bukankah keadaan hati manusia tidak pernah stabil? Selalu berbolak balik menuruti keadaan yang dihadapinya.

Ketika seseorang menghadapi kebahagiaan maka hatinya akan gembira dan saat dilanda musibah tidak sedikit orang yang putus asa bahkan berpaling dari kebenaran.

Sebahagian orang menganggap menangis itu adalah hal yang hina, ia merupakan tanda lemahnya seseorang. Bangsa Yahudi selalu mengecam ketika

anaknya menangis dan dikatakan tidak akan mampu melawan musuh-musuhnya. Para orang tua di Jepun akan memarahi anaknya jika mereka menangis kerana dianggap tidak tegar menghadapi hidup. Menangis adalah hal yang hanya dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai prinsip hidup.

Bagi seorang muslim yang mukmin, menangis merupakan buah kelembutan hati dan petanda kepekaan jiwanya terhadap berbagai peristiwa yang menimpa dirinya mahu pun umatnya. Rasulullah Saw menitiskan air matanya ketika kematian anaknya, Ibrahim. Abu Bakar As-shiddiq ra digelar oleh anaknya Aisyah ra sebagai Rojulun Bakiy (Orang yang selalu menangis). Beliau senantiasa menangis, dadanya bergolak manakala salat di belakang Rasulullah Saw kerana mendengar ayat-ayat Allah. Abdullah bin Umar suatu ketika melalui sebuah rumah yang di dalamnya ada sesorang sedang membaca Al Qur'an, ketika sampai pada ayat: "Hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam" (Al Muthaffifin: 6). Pada saat itu juga beliau diam berdiri tegak dan merasakan betapa dirinya seakan-akan sedang menghadap Rabbnya, kemudian beliau menangis. Lihatlah betapa Rasulullah Saw dan para sahabatnya benar-benar memahami dan merasakan getaran-getaran keimanan dalam jiwa mereka. Lembutnya hati menghantar mereka kepada darjat hamba Allah yang peka.

Bukankah di antara tujuh golongan manusia yang akan mendapatkan naungan pada hari dimana tiada naungan kecuali naungan Allah adalah orang yang berdoa kepada Rabbnya dalam bersendirian kemudian dia menitiskan air mata? Tentunya begitu sukar menitiskan air mata ketika berdoa sendirian jika hati seseorang tidak lembut. Yang biasa dilakukan manusia dalam kesendiriannya justeru adalah maksiat. Bahkan tidak sedikit manusia yang bermaksiat ketika sendiri di dalam biliknya. Seorang mukmin sejati akan menangis dalam bersendirian di kala berdoa kepada Tuhannya. Sedar betapa berat tugas hidup yang harus dipikulnya di dunia ini.

Di zaman ketika manusia lalai dalam gemerlap dunia, seorang mukmin akan senantiasa menjaga diri dan hatinya. Menjaga kelembutan dan kepekaan jiwanya. Dia akan mudah menitiskan air mata demi melihat kehancuran umatnya.

Kesedihannya begitu mendalam dan perhatiannya terhadap umat menjadikannya orang yang peka terhadap permasalahan umat. Kita tidak akan melihat seorang mukmin bersenang-senang dan bersuka ria ketika tetangganya mengalami kesedihan, ditimpa berbagai ujian, cubaan, dan fitnah. Mukmin yang sesungguhnya akan dengan segera membantu meringankan segala beban saudaranya. Ketika seorang mukmin tidak mampu menolong dengan tenaga ataupun harta, dia akan berdoa memohon kepada Tuhan semesta alam.

Menangis merupakan sebuah bentuk pengakuan terhadap kebenaran. 

"Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur'an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri) seraya berkata: "Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur'an dan kenabian Muhammad)". (QS. Al Maidah: 83).


Ja'far bin Abdul Mutholib membacakan surat Maryam ayat ke-16 hingga 22 kepada seorang raja Nasrani yang bijak. Sebaik sahaja mendengar ayat-ayat Allah dibacakan, bercucuranlah air mata raja Habsyah itu. Ia mengakui benarnya kisah Maryam dalam ayat tersebut, ia telah mengenal kebenaran itu dan hatinya yang lembut menyebabkan matanya sembab kemudian menangis. Raja yang rindu akan kebenaran benar-benar merasakannya.

Orang yang keras hatinya, akan sukar menangis ketika dibacakan ayat-ayat Allah. Bahkan ketika datang teguran dari Allah sekalipun ia justeru akan tertawa atau malah berpaling dari kebenaran. Sehebat apa pun bentuk penghormatan seorang tokoh munafik Abdullah bin Ubay bin Salul kepada Rasulullah Saw, sedikit pun tidak berpengaruh pada hatinya. Ia tidak peduli ketika Allah Swt mengecam keadaan mereka di akhirat nanti, 

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan neraka yang paling bawah. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapatkan seorang penolong pun bagi mereka". (An Nisa': 145)

Barangkali di antara kita yang belum pernah menangis, maka menangislah di saat membaca Al Qur'an, menangislah ketika berdoa di sepertiga malam terakhir, menangislah kerana melihat keadaan umat yang menyedihkan, atau tangisilah dirimu kerana tidak bisa menangis ketika mendengar ayat-ayat Allah. Semoga hal demikian dapat melembutkan hati dan menjadi penyejuk serta penyubur iman dalam dada. Ingatlah hari ketika manusia banyak menangis dan

sedikit tertawa kerana dosa-dosa yang diperbuatnya selama di dunia. 

"Maka mereka sedikit tertawa dan banyak menangis, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan". (At Taubah: 82).

Jadi apa salahnya menangis?.

FACEBOOK PERANGSANG SEKS REMAJA


Facebook dianggap laman web rangkaian sosial paling popular ketika ini, malah sudah melangkaui populariti laman sosial seperti Friendster dan Myspace yang suatu ketika dulu menjadi kegilaan hampir generasi muda untuk mencari kenalan dan berkongsi pelbagai maklumat.

Mungkin kerana konsep laman sosial yang diasaskan Mark Zuckerberg bersama rakannya, Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes, dilihat lebih terbuka dan memudahkan sesiapa saja berkongsi pelbagai maklumat selain membolehkan proses rangkaian hubungan sosial berlangsung lebih mudah.

Kegilaan terhadap Facebook yang mula digunakan 4 Februari 2004 bukan saja menular di kalangan kaki internet, malah menguasai sesiapa saja termasuk mereka yang selama ini tidak pernah mempunyai akaun dalam laman sosiald dan turut turut digunakan mereka yang tidak begitu mahir dengan teknologi maklumat (IT). Pendek kata, sesiapa boleh mempunyai akaun Facebook, malah agak janggal jika ada rakan kita tidak membuka akaun Facebook.

Lebih tepat laman web sosial ini jadi pilihan utama untuk dilayari sejurus membuka komputer, juga perisian paling kerap digunakan dalam telefon bimbit pintar seperti iPhone, Blackberry dan sistem Android. Tidak hairanlah laman web itu pernah disekat sementara di beberapa negara termasuk Syria, China, Vietnam dan Iran, malah kebanyakan tempat kerja melarang penggunaannya bagi menghindarkan pekerja membuang masa melayarinya.

Fenomena ini semakin hebat di negara kita dengan statistik dikeluarkan 77Agency Limited, agensi yang menghimpunkan data pengguna Facebook seluruh dunia merekodkan 10.27 juta rakyat Malaysia mempunyai akaun Facebook, iaitu lebih satu pertiga daripada penduduk Malaysia.

Angka ini mungkin tidak begitu mengejutkan tetapi apabila diteliti walaupun ada kesan positif, lebih banyak kesan negatif berlaku akibat kegilaan yang lebih tujuh tahun melanda dunia. Daripada 10.27 juta pemilik akaun Facebook di negara ini, 5.5 juta daripadanya lelaki yang menunjukkan meskipun penduduk wanita lebih ramai, lelaki lebih suka menghabiskan masa dengan laman sosial sebegitu, mungkin untuk tujuan baik iaitu mengembangkan perniagaan tetapi tidak dapat dinafikan peranannya turut menyuntik gaya hidup negatif.

Lebih mengejutkan apabila statistik menunjukkan 2.7 juta penggunanya berumur di bawah 13 tahun iaitu peringkat pendidikan rendah. Pendek kata, lebih 20 peratus pengguna Facebook ialah kanak-kanak!

Untuk diperhalusi, 11,800 pengguna Facebook di negara ini menunjukkan minat terhadap hubungan seks dan daripada jumlah itu lebih 2,000 daripadanya berusia bawah 13 tahun. Kenapa mereka semuda ini berminat dengan hubungan seks dan apa yang mempengaruhi mereka?

Pakar Perunding Keluarga dan Motivasi, Dr Rubiah Kulop Hamzah, berkata di sebalik peranan Facebook meluaskan rangkaian hubungan sosial dan prospek perniagaan, ia sebenarnya lebih banyak mengubah karakter dan cara hidup masyarakat terutama kanak-kanak dan remaja kerana kelompok ini lebih mudah terdedah kepada gejala tidak sihat.

“Facebook atau apa saja laman sosial adalah cara paling berkesan berinteraksi kerana mempunyai tarikan tersendiri seperti status diri yang sentiasa dikemas kini dan koleksi gambar lebih interaktif. Secara positifnya, hubungan kekeluargaan dan persahabatan menjadi lebih dekat dan tiada halangan.

“Dalam konteks ini, jarak fizikal bukan lagi masalah, malah sesiapa saja boleh membina rangkaian termasuk menghimpunkan saudara-mara, rakan dan mewujudkan alumni. Dengan cara itu, dunia akan terasa lebih kecil sekali gus menghapuskan jarak antara sesiapa saja.

“Tidak perlu buang masa melepak dengan rakan kerana ia boleh berlaku secara maya. Secara positifnya, ia mungkin menyelamatkan seseorang daripada ancaman sosial kerana sentiasa di rumah. Namun itu hanya secara fizikal tetapi perhubungan yang kerap ini juga menimbulkan keakraban yang berisiko,” katanya.

Beliau berkata, ancaman besar yang dimaksudkan ialah keakraban itu akhirnya menyebabkan remaja atau kanak-kanak berkongsi sesuatu yang boleh merangsang minda negatif seperti hubungan seks.

“Gaya bahasa terbuka dan tidak ada tapisan dan perkongsian gambar seksi menarik perhatian ramai mengenali mereka. Sekarang di Facebook, orang tidak kisah menelanjangkan maruah dengan berkongsi gambar seksi semata-mata untuk meraih perhatian.

“Senario itu menambahkan populariti mereka dan tentu sesuatu yang tidak sihat. Gejala sebegini menjadi trend kanak-kanak dan remaja. Paling membimbangkan, jaringan tanpa had ini menjadi ruang orang menabur fitnah mengenai politik dan apa saja yang dikongsi seluruh dunia.

“Bagi saya, penggunaan Facebook untuk semua tujuan ini lebih berbahaya dan lebih mudah mengubah karakter kanak-kanak. Ia lebih berbahaya daripada atom dan lebih tajam daripada pedang. Melihat statistik ini, dikhuatiri kanak-kanak semakin berubah karakter termasuk program hidup mereka kerana lebih banyak membuang masa di Facebook,” katanya.

Beliau sebenarnya merujuk sifat kanak-kanak yang berada pada tahap pembentukan karakter kerana ketika usia sebegitu, mereka sangat rapuh dan mudah terjebak dengan gejala tidak sihat. Dengan penggunaan Facebook, pembentukan karakter negatif mereka menjadi lebih mudah.

Apa yang dilihat dan dilayari saban hari melekat dalam minda, malah trend semasa pengguna Facebook tidak segan silu berkongsi gambar seksi semakin mudah diakses pengguna muda.

“Percaya atau tidak ada yang gelisah jika tidak dapat membuka Facebook dalam sehari. Ia kini bukan setakat sumber maklumat dan hiburan tetapi juga ejen pembentukan karakter. Mangsanya ialah kanak-kanak. Jika bangga menelanjangkan diri (bergambar seksi), mereka juga tidak kisah menjual diri.

“Di Facebook tiada lagi rahsia. Inilah yang dinamakan hidup yang telanjang. Saya juga selalu berdepan kes suami isteri bercerai kerana Facebook.

Maksudnya, isteri dapat hidu kecurangan suami dalam laman sosial atau cemburu melihat koleksi rakan Facebook suami yang seksi.

Berdasarkan statistik itu juga menunjukkan golongan usia antara 20 hingga 30 tahun adalah pengguna Facebook paling ramai iaitu lebih 4.6 juta orang manakala terdapat hampir 345 ribu pengguna yang melebihi usia 50 tahun.

Seramai 67,700 pengguna Facebook di negara ini menunjukkan minat terhadap peluang perniagaan dan 211,200 daripada mereka mahu mencari kenalan

SURAT TERBUKA DARI IBU KEPADA ANAK DERHAKA


Wahai Anakku!
Inilah surat dari ibumu yang lemah, yang ditulis dengan penuh rasa malu setelah lama mengalami keraguan dan kebimbangan. Ibu pegang penanya berkali-kali lantas terhenti, dan ibu letakkan lagi pena itu karena air mata berlinang berkali-kali yang disusul dengan rintihan hati.

Wahai Anakku!
Sesudah perjalanan waktu yang panjang, ibu rasa engkau sudah dewasa dan memiliki akal sempurna maupun jiwa yang matang. Sedangkan ibu punya hak atas dirimu, maka bacalah sepucuk surat ini; dan jika tidak berkenan robek-robeklah sebagaimana engkau telah merobek-robek hati ibu.

Wahai Anakku!
Dua puluh lima tahun yang lalu adalah hari yang begitu membahagiakan hidup ibu. Ketika dokter memberitahu ibu, ibu sedang mengandung. Semua ibu tentu mengetahui makna ungkapan itu, yakni terhimpunnya kebahagiaan dan kegembiraan, serta awal perjuangan seiring dengan adanya berbagai perubahan fisik maupun psikis. Sesudah berita gembira itu ibu peroleh, dengan senang hati, ibu mengandungmu selama sembilan bulan.
INGATLAH,wahai Anakku!

Ketuaan mulai nampak dalam belahan rambutmu. Tahun demi tahun akan berlalu, dan engkau akan menjadi tua, sedangkan setiap perbuatan pasti akan dibalas setimpal. Engkau akan menulis surat kepada setiap anak-anakmu dengan cucuran air mata, sebagaimana yang ibu tulis untukmu. Dan di sisi Allah, akan bertemu orang-orang yang berselisih, hai Anakku. Maka bertakwalah engkau kepada Allah terhadap ibumu. Usaplah air matanya dan hiburlah agar kesedihannya sirna.

Robek-robeklah surat ini setelah engkau membacanya. Namun ketahuilah, siapa saja yang beramal soleh, maka kesolehan itu buat dirinya sendiri, dan siapa yang berbuat jahat, maka balasan buruk bakal menimpanya.

"Barangsiapa mengerjakan kebajikan, maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa berbuat jahat, maka (dosanya) menjadi tanggungannya sendiri. Dan Rabbmu sekali-kali tidaklah menzalimi hamba-hamba-Nya." (QS. Fushshilat: 46).

Ibu berdiri, tidur, makan dan bernafas dengan susah payah. Namun itu semua tidak menyebabkan surutnya cinta ibu padamu dan kebahagiaan ibu menyambut kehadiranmu. Bahkan rasa cinta dan kerinduan ibu padamu tumbuh subur dan berkembang hari demi hari. Ibu mengandungmu dalam yang lemah dan bertambah lemah, payah dan bertambah payah. Ibu sangat bahagia meski kandongkanmu semakin berat, padahal kehamilan itu sangat berat bagi ibu.

Itulah perjuangan yang akan disusul dengan cahaya fajar kebahagiaan setelah berlalunya malam panjang, yang membuat ibu tidak bisa tidur dan kelopak mata ibu tak bisa terpejam. Ibu merasakan derita yang sangat, rasa takut dan cemas yang tak bisa dilukiskan dengan pena dan tak sanggup diungkapkan dengan retorika lisan. Ibu telah berkali-kali melihat kematian dengan mata kepala ibu sendiri, sehingga akhirnya engkau lahir ke dunia ini. Air mata tangismu yang bercampur dengan air mata kegembiraan ibu telah menghapus seluruh derita dan luka yang ibu rasakan.

Wahai Anakku!
Telah berlalu tahun demi tahun dari usiamu, dan dirimu selalu ibu bawa dalam hati ibu. Ibu memandikanmu dengan kedua tangan ibu. Pangkuan ibu sebagai bantalmu. Dada ibu sebagai makananmu. Ibu berjaga semalaman agar engkau bisa tidur. Ibu susuri siang hari dengan keletihan demi kebahagiaanmu. Dambaan ibu tiap hari adalah melihatmu tersenyum. Dan idaman ibu setiap saat adalah engkau meminta sesuatu yang ibu sanggup lakukan untukmu. Itulah puncak kebahagiaan ibu.

Itulah hari-hari dan malam yang ibu lalui sebagai pelayan yang tak pernah menyia-nyiakanmu sedikit pun. Sebagai wanita yang menyusuimu tiada henti, dan sebagai pekerja yang tak pernah putus hingga engkau tumbuh dan menjadi seorang remaja. Dan mulailah nampak tanda-tanda kedewasaanmu. Ketika itu pula, ibu kesana kemari mencarikan calon istri yang kau inginkan. Lalu tibalah saat pernikahanmu. Denyut jantung ibu terasa berhenti dan air mata ibu deras bercucuran karena gembira melihat hidup barumu dan karena sedih berpisah denganmu.

Saat-saat yang begitu berat telah lewat. Namun engkau seolah bukan lagi anak ibu, seperti yang ibu kenal selama ini. Sungguh engkau telah mengabaikan diri ibu dan tidak mempedulikan hak-hak ibu. Hari-hari berlalu dan ibu tidak lagi melihatmu dan tidak pula mendengar suaramu. Engkau masa bodoh kepada ibu yang selama ini menjadi pelayan yang mengurusimu.

Wahai Anakku!
Ibu tidak meminta apa pun selain posisikanlah diri ibu ini seperti kawan-kawanmu yang terdekat denganmu. Jadikanlah ibu sebagai salah satu terminal hidupmu sehari-hari, sehingga ibu dapat melihatmu meskipun sekejap.

Wahai Anakku!
Punggung ibu telah bongkok. Anggota tubuh ibu telah gemetaran. Berbagai penyakit telah membuat ibu semakin lemah. Rasa sakit senantiasa mendera ibu. Ibu sudah susah untuk berdiri maupun duduk, namun hati ibu masih sayang padamu.

Andaikan ada seseorang yang memuliakanmu sehari, tentu engkau akan memuji kebaikannya dan keelokan budinya. Padahal, ibumu ini telah benar-benar berbuat baik kepadamu, namun engkau tak melihatnya dan tak mau membalas kebaikannya. Ibumu telah menjadi pelayanmu dan telah mengurusmu bertahun-tahun. Lantas manakah balas budi dan hak ibu yang harus engkau tunaikan? Sekeras itukah hatimu? Apakah hari-hari sibukmu telah menyita seluruh waktumu?

Wahai Anakku!
Ibu merasakan kebahagiaan dan kegembiraan bertambah saat melihatmu hidup bahagia, karena engkau adalah buah hati ibu. Apa salah ibu sehingga engkau memusuhi ibu, tak suka melihat ibu, dan engkau merasa berat untuk mengunjungi ibu? Apakah ibu pernah berbuat salah padamu atau pelayanan ibu kurang memuaskanmu?

Jadikanlah ibu seperti pelayan-pelayanmu yang engkau beri upah. Curahkanlah setitik kasih sayangmu. Renungkanlah jasa ibu dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah amat menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Wahai Anakku!
Ibu sangat berharap bersua denganmu. Ibu tak ingin apapun selain itu. Biarkanlah ibu melihat muramnya wajahmu dan episode-episode kemarahanmu.

Wahai Anakku!
Sisakan peluang di hatimu untuk berlembut-lembut dengan seorang wanita bernama IBU, yang diliputi kerinduan dan dirundung kesedihan ini. Yang menjadikan kedukaan sebagai makanannya dan kesedihan sebagai selimutnya. Engkau cucurkan air matanya. Engkau membuat sedih hatinya dan engkau memutuskan hubungan dengannya.

Ibu tidak mengeluhkan kepedihan dan kesedihan ibu kehadirat-Nya, karena jika ibu adukan perkara ini ke atas awan dan ke pintu gerbang langit sana, ibu khawatir hukuman akan menimpamu, dan musibah akan terjadi dalam rumah tanggamu, lantaran kedurhakaanmu. Karena ibu teringat peringatan junjungan kita Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam